Friday, 25 July 2014

apabila arash allah bergegar dengan tangisi para malaikat (kisah saad bin muaz



Sebuah kisah mengenai seorang sahabat Nabi Muhamad SAW iaitu Saad bin Muaz.

Beliau sahabat nabi yang paling hitam, lebih hitam dari Bilal. 

Beliau telah memeluk islam pada umur 31 tahun dan beliau telah meninggal dunia pada umur 37 tahun kerana telah syahid didalam peperangan.

Ini bermakna beliau hanya memeluk islam selama 6 tahun sahaja.

Tetapi disaat syahid beliau, Rasulullah SAW berkata Arash Allah bergegar kerana dengan tangisan para malaikat.

Ini kerana besarnya sumbangan dan pengorbanan Saad bin Muaz kepada perkembangan Islam pada masa itu.

Menurut Al-Kisah, beliau ini telah meminang ramai wanita, tetapi semua menolak beliau, jadi beliau pun pergi berjumpa dengan Rasulullah SAW

Rasulullah SAW berkata jgnlah engkau risau wahai Saad, aku menjamin engkau.

Lalu Rasullullah SAW bertanya kepada sahabat yg lain samada ada diantara mereka yg tahu tempat tinggal seorang gadis yg amat terkenal kecantikannya di madinah pada waktu itu

Lalu dijawab seorang sahabat.

Sahabat tersebut disuruh oleh Rasulullah SAW untuk membawa Saad bin Muaz untuk meminang gadis tersebut dengan Nabi sendiri yg menjamin Saad.

Di rumah wanita tersebut, setelah berborak buat seketika dengan bapa wanita tersebut, saad pun menyatakanlah hajat dia iaitu mahu meminang anak gadisnya dengan Rasul menjadi penjamin.

Lalu terperanjatlah bapa wnaita ini tadi, berubah air mukanya dan menghalau saad keluar dr rumahnya.

Lalu keluarlah Saad dan pulang menemui Rasulullah SAW.

Wanita tersebut keluar berjumpa bapanya dan bertanya kenapa ditolak pinangan Saad.

Tanya bapanya adakah dia mahu berkahwin dengan saad yg hodoh orgnya itu?

Maka kata anaknya mahu atau tidak bukan jawapannya, kerana saad itu adalah pilihan Allah dan Rasulnya, maka tidaklah boleh mereka menolaknya.

Pulang Saad menemui Rasulullah SAW, dikhabarkannya bahawa pinangan beliau telah pun ditolak.

Kemudian dtg bapa gadis tersebut menemui Rasulullah SAW dan memohon maaf kerana menolak pinangan saad sebelum itu dan menyatakan persetujuannya di atas pinangan tersebut.

Di tanya Rasulullah SAW kepada Saad:

"Adakah kau punyai wang untuk berkahwin?"

Maka jawab saad tiada, lalu Rasulullah SAW menyuruh beliau menemui Abdul Rahman bin Auf dan meminta 20 dinar, menemui Abu Bakar dan meminta 10 dinar dan saidina Ali berjumlah 10 dinar.

Lalu pergilah saad berjumpa mereka dan diberi oleh Abdul Rahman sebanyak 40 dinar, Abu Bakar sebanyak 20 dinar dan Saidina Ali memberi 20 dinar.

Lalu pulang Saad berjumpa Rasul dan menyatakan bahawa beliau telah mendapat 80 dinar.

Lalu Rasulullah SAW berkata, gunakanlah 40 dinar untuk mahar dan selebihnya untuk membeli peralatan rumahtangga.

Jadi pergilah saad membeli barang keperluan rumahtangganya.

Semasa memilih barang keperluannya, terdengar saad jeritan mengatakann Rasulullah SAW memanggil semua bersedia untuk berperang kerana musuh telah tiba

Lalu saad menggunakan semua wang miliknya untuk membeli kuda, pedang dan baju perisai lengkap dan terus ke medan perang.

Sesampainya beliau dilihat telah ramai org bersedia dan beliau terus ke bahagian hadapan dan duduk di sebelah saidina umar

Berbisik-bisiklah sahabat yg lain mengatakan siapakah itu kerana saad berperisai penuh menutup muka,

Ada yg mengatakan mungkin dtg dari yaman dan turut serta di dalam peperangan setelah diseru oleh Rasulullah.SAW

Dalam peperangan tersebut, kuda Saad telah di panah lalu tumbang

Saad yang jatuh, bangun lalu menyinsingkan lengannya kemudian barulah sahabat yg lain perasan bahawa itu adalah Saad bin Muaz yg terkenal dengan kehitamannya.

Beliau telah gugur di dalam peperangan tersebut sebagai seorang syahid tanpa sempat menyentuh isteri beliau.

Berkata Rasulullah SAW, di saat syahidnya Saad, bergegarlah Arash Allah dengan tangisan para malaikat.

Ini adalah satu kisah yang memaparkan betapa besar pengorbanan para sahabat yg sanggup meninggalkan isteri yg baru mereka nikahi untuk pergi ke medan perang memperjuangkan agama Allah.

Photo: APABILA ARASH ALLAH BERGEGAR DENGAN TANGISAN PARA MALAIKAT
~ KISAH SA'AD BIN MU'AZ

Sebuah kisah mengenai seorang sahabat Nabi Muhamad SAW iaitu Saad bin Muaz.

Beliau sahabat nabi yang paling hitam, lebih hitam dari Bilal. 

Beliau telah memeluk islam pada umur 31 tahun dan beliau telah meninggal dunia pada umur 37 tahun kerana telah syahid didalam peperangan. 

Ini bermakna beliau hanya memeluk islam selama 6 tahun sahaja.

Tetapi disaat syahid beliau, Rasulullah SAW berkata Arash Allah bergegar kerana dengan tangisan para malaikat.

Ini kerana besarnya sumbangan dan pengorbanan Saad bin Muaz kepada perkembangan Islam pada masa itu.

Menurut Al-Kisah, beliau ini telah meminang ramai wanita, tetapi semua menolak beliau, jadi beliau pun pergi berjumpa dengan Rasulullah SAW

Rasulullah SAW berkata jgnlah engkau risau wahai Saad, aku menjamin engkau. 

Lalu Rasullullah SAW bertanya kepada sahabat yg lain samada ada diantara mereka yg tahu tempat tinggal seorang gadis yg amat terkenal kecantikannya di madinah pada waktu itu 

Lalu dijawab seorang sahabat. 

Sahabat tersebut disuruh oleh Rasulullah SAW untuk membawa Saad bin Muaz untuk meminang gadis tersebut dengan Nabi sendiri yg menjamin Saad.

Di rumah wanita tersebut, setelah berborak buat seketika dengan bapa wanita tersebut, saad pun menyatakanlah hajat dia iaitu mahu meminang anak gadisnya dengan Rasul menjadi penjamin. 

Lalu terperanjatlah bapa wnaita ini tadi, berubah air mukanya dan menghalau saad keluar dr rumahnya. 

Lalu keluarlah Saad dan pulang menemui Rasulullah SAW. 

Wanita tersebut keluar berjumpa bapanya dan bertanya kenapa ditolak pinangan Saad. 

Tanya bapanya adakah dia mahu berkahwin dengan saad yg hodoh orgnya itu? 

Maka kata anaknya mahu atau tidak bukan jawapannya, kerana saad itu adalah pilihan Allah dan Rasulnya, maka tidaklah boleh mereka menolaknya. 

Pulang Saad menemui Rasulullah SAW, dikhabarkannya bahawa pinangan beliau telah pun ditolak. 

Kemudian dtg bapa gadis tersebut menemui Rasulullah SAW dan memohon maaf kerana menolak pinangan saad sebelum itu dan menyatakan persetujuannya di atas pinangan tersebut.

Di tanya Rasulullah SAW kepada Saad:

"Adakah kau punyai wang untuk berkahwin?" 

Maka jawab saad tiada, lalu Rasulullah SAW menyuruh beliau menemui Abdul Rahman bin Auf dan meminta 20 dinar, menemui Abu Bakar dan meminta 10 dinar dan saidina Ali berjumlah 10 dinar. 

Lalu pergilah saad berjumpa mereka dan diberi oleh Abdul Rahman sebanyak 40 dinar, Abu Bakar sebanyak 20 dinar dan Saidina Ali memberi 20 dinar. 

Lalu pulang Saad berjumpa Rasul dan menyatakan bahawa beliau telah mendapat 80 dinar. 

Lalu Rasulullah SAW berkata, gunakanlah 40 dinar untuk mahar dan selebihnya untuk membeli peralatan rumahtangga. 

Jadi pergilah saad membeli barang keperluan rumahtangganya.

Semasa memilih barang keperluannya, terdengar saad jeritan mengatakann Rasulullah SAW memanggil semua bersedia untuk berperang kerana musuh telah tiba

Lalu saad menggunakan semua wang miliknya untuk membeli kuda, pedang dan baju perisai lengkap dan terus ke medan perang. 

Sesampainya beliau dilihat telah ramai org bersedia dan beliau terus ke bahagian hadapan dan duduk di sebelah saidina umar

Berbisik-bisiklah sahabat yg lain mengatakan siapakah itu kerana saad berperisai penuh menutup muka, 

Ada yg mengatakan mungkin dtg dari yaman dan turut serta di dalam peperangan setelah diseru oleh Rasulullah.SAW

Dalam peperangan tersebut, kuda Saad telah di panah lalu tumbang

Saad yang jatuh, bangun lalu menyinsingkan lengannya kemudian barulah sahabat yg lain perasan bahawa itu adalah Saad bin Muaz yg terkenal dengan kehitamannya. 

Beliau telah gugur di dalam peperangan tersebut sebagai seorang syahid tanpa sempat menyentuh isteri beliau. 

Berkata Rasulullah SAW, di saat syahidnya Saad, bergegarlah Arash Allah dengan tangisan para malaikat.

Ini adalah satu kisah yang memaparkan betapa besar pengorbanan para sahabat yg sanggup meninggalkan isteri yg baru mereka nikahi untuk pergi ke medan perang memperjuangkan agama Allah.

Saturday, 16 November 2013

Uwais Al-Qarni Terkenal Di Langit Tapi Tidak Terkenal Di Bumi

Tahukah kamu siapakah Uwais al-Qarni? Uwais al-Qarni merupakan pemuda yang disebut-sebut namanya oleh Rasullulah saw kepada para sahabat baginda.Rasullulah saw pernah berpesan kepada Saidina Umar ra dan Saidina Ali ra bahawa akan lahir di kalangan tabiin seorang yang sangat makbul doa yang akan lahir di zaman kamu (zaman selepas kewafatan Rasullulah saw).
Tujuan Rasullulah saw menyuruh Saidina Umar ra dan Saidina Ali ra mencari Uwais al-Qarni tidak lain ialah meminta Uwais al-Qarni berdoa kepada Allah supaya mengampunkan dosa-dosa sahabat (Saidina Umar ra dan Saidina Ali ra).
Marilah kita lihat apa istimewanya Uwais al-Qarni sehingga Rasullulah saw meminta sahabat mencari dan meminta doa darinya.
Memang benarlah kata-kata Rasulullah S.A.W, Uwais al-Qarni akhirnya muncul di zaman Saidina Umar ra dan Saidina Ali ra. Kedua-dua mereka yang memang menunggu dan mencari kabilah-kabilah yang datang dari Yaman ke Madinah, akhirnya bertemu juga dengan Uwais al-Qarni. Pada pandangan mata kasar mereka, tidak mungkin dia adalah orang yang Rasulullah saw sebut-sebutkan ini kerana, Uwais Al-Qarni dianggap sebagai seorang yang kurang waras di kalangan orang awam atau penduduk setempat.
Uwais Al-Qarni adalah seorang yang berpenyakit sopak di seluruh tubuh badannya, yakni sejenis penyakit kulit yang tidak digemari ramai. Walaupun begitu, beliau adalah seorang yang soleh yang amat mengambil berat tentang ibunya yang uzur dan lumpuh. Beliau begitu tekun untuk mendapatkan keredhaan ibunya. Bapa beliau meninggal dunia ketika beliau masih kecil lagi. Beliau berpenyakit sopak sejak dilahirkan dan ibunya menjaganya sampai beliau dewasa.
Suatu hari ibunya memberitahu kepada Uwais Al-Qarni bahawa dia ingin sekali untuk mengerjakan ibadat haji. di Mekah. Ibunya menyuruh Uwais Al-Darni supaya berikhtiar agar beliau dapat membawanya ke Mekah untuk menunaikan haji. Sebagai seorang yang miskin, Uwais Al-Qarni  tidak berdaya untuk mencari perbelanjaan untuk ibunya kerana pada zaman itu kebanyakan orang pergi menunaikan haji dari Yaman ke Mekah perlu menyediakan beberapa ekor unta yang dipasang di atasnya ‘Haudat’. Haudat ialah sebuah rumah kecil yang diletakkan di atas unta untuk melindungi diri daripada cuaca panas matahari dan hujan.
Uwais tidak mampu menyediakan perbelanjaan untuk ibunya pergi mengerjakan haji apatah lagi untuk memiliki unta.
Namun atas permintaan ibunya yang sangat Uwais kasihi. Uwais Al-Qarni mendapat suatu ilham. Beliau membeli seekor anak lembu yang baru lahir dan sudah habis menyusu. Beliau membuat sebuah rumah di atas ‘Tilal’ (tanah tinggi). Rumah untuk lembu itu dibina di atas bukit, apa yang beliau lakukan ialah pada petang hari beliau akan mendukung anak lembu untuk naik ke atas Tilal. Pagi esoknya beliau akan mendukung lembu itu turun dari Tilal tersebut untuk diberi makan. Itulah yang dilakukannya setiap hari. Ada ketikanya dia mendukung lembu itu mengelilingi bukit tempat dia memberi lembu itu makan. Perbuatan yang dilakukannya ini menyebabkan orang mengatakan beliau kurang waras.
Memang pelik, membuatkan rumah untuk lembu di atas bukit, kemudian setiap hari mengusung lembu, petang dibawa naik, pagi dibawa turun bukit.
Namun sebenarnya jika dilihat di sebaliknya, Uwais al-Qarni seorang yang bijak. Lembu yang asalnya hanya 20kg, selepas 6 bulan lembu itu sudah menjadi 100kg. Otot-otot tangan dan badan Uwais Al-Qarni pula menjadi kuat hinggakan dengan mudah mengangkat lembu seberat 100kg turun dan naik bukit setiap hari.
Selepas 8 bulan, apabila sampai musim haji. Rupa-rupanya perbuatannya selama ini adalah satu persediaan untuk beliau membawa ibunya mengerjakan haji. Beliau telah memangku ibunya dari Yaman sampai ke Mekah dengan kedua tangannya. Di belakangnya beliau meletakkan barang-barang keperluan seperti air, roti dan sebagainya. Lembu yang beratnya 100kg boleh didukung dan dipangku inikan pula ibunya yang lebih ringan. Beliau membawa (mendukung dan memangku) ibunya dengan kedua tangannya dari Yaman ke Mekah, mengerjakan Tawaf, Saie dan di Padang Arafah dengan senang sahaja. Uwais juga memangku ibunya dengan kedua tangannya pulang semula ke Yaman dari Mekah.
Setelah pulang semula ke Yaman, ibunya bertanya:
“Uwais, apa yang kamu doakan sepanjang kamu berada di Mekah?”
Uwais Al-Qarni menjawab:
“Saya berdoa minta supaya Allah mengampunkan semua dosa-dosa ibu”.
Ibunya bertanya lagi:
“Bagaimana pula dengan dosa kamu?”
Uwais Al-Qarni menjawab:
“Dengan terampun dosa ibu, ibu akan masuk syurga. Cukuplah ibu redha dengan saya, maka saya juga masuk syurga.”
Ibunya berkata lagi:
“Ibu inginkan supaya engkau berdoa agar Allah hilangkan sakit putih (sopak) kamu ini.”
Uwais Al-Qarni berkata:
“Saya keberatan untuk berdoa kerana ini Allah yang jadikan. Kalau tidak redha dengan kejadian Allah, macam saya tidak bersyukur dengan Allah Ta’ala.”
Ibunya menambah:
“Kalau ingin masuk ke syurga, mesti taat kepada perintah ibu. Ibu perintahkan engkau berdoa.”
Akhirnya Uwais Al-Qarni tidak ada pilihan melainkan mengangkat tangan dan berdoa. Beliau lalu berdoa seperti yang diminta oleh ibunya supaya Allah menyembuhkan putih yang luar biasa (sopak) yang dihidapinya itu.
Allah SWT lalu menyembuhkan serta merta, hilang putih sopak di seluruh badannya kecuali tinggal satu tompok sebesar duit syiling di tengkuknya. Tanda tompok putih kekal pada Uwais Al-Qarni kerana permintaannya, kerana sopak ini adalah satu anugerah, maka inilah tanda pengenalan yang disebut Rasulullah saw kepada Saidina Umar ra dan Saidina Ali ra:
“Tandanya kamu nampak di belakangnya ada satu bulatan putih, bulatan sopak. Kalau berjumpa dengan tanda itu, dialah Uwais al-Qarni.”
Tidak lama kemudian, ibunya meninggal dunia. Beliau telah menunaikan kesemua permintaan ibunya. Selepas itu beliau telah menjadi orang yang paling tinggi martabatnya di sisi Allah. Saidina Umar ra dan Saidina Ali ra dapat berjumpa dengan Uwais Al-Qarni dan seperti yang diperintahkan oleh Rasulullah S.A.W, mereka meminta supaya beliau berdoa agar Allah SWT berkenan mengampuni semua dosa-dosa mereka berdua.
Ketika Uwais al-Qarni berjumpa Saidina Umar dan Saidina Ali, beliau berkata:
“Aku ini datang dari Yaman ke Madinah kerana aku ingin menunaikan wasiat Rasulullah S.A.W kepada kamu iaitu supaya kamu berdua berjumpa dengan aku.”
Maka Uwais Al-Qarni pun telah mendoakan untuk mereka berdua.
Setelah itu Saidina Umar, yang ketika itu memegang jawatan Khalifah, saidina umar mahu membuat surat kepada Gabenor Kufah supaya melayan Uwais Al-Qarni dengan layanan yang istimewa. Namun begitu ditolak dengan baik oleh Uwais Al-Qarni.
Lalu Uwais Al-Qarni menjawab dengan lembut :
“Berada di tengah-tengah orang ramai sehingga tidak dikenali lebih aku sukai.”
Diriwayatkan semasa kewafatan beliau, terlalu ramai “orang” yang menyempurnakan jenazah beliau. Daripada urusan memandikan sehinggalah dibawa ke liang lahad. Agak menghairankan kerana pada masa hidup beliau tiada orang yang memperdulikan beliau yang miskin. Malah ada yang menganggap beliau seorang yang gila. Siapakah “orang-orang” tersebut. Mereka itu adalah penduduk-penduduk langit yang terdiri daripada malaikat-malaikat.
Demikianlah kisah Uwais Al-Qarni yang amat taat dan kasih kepada ibunya. Seorang Wali Allah yang tidak terkenal di bumi, tetapi amat terkenal di langit. Wallahua’lam.

Kisah Warak Salahuddin Al-Ayubbi Yang Ramai Tak Tahu


salahuddin-al-ayubi

Siapa dia Salahuddin Al-Ayubbi?
Siapa dia Syeikh Yusuf Qaradawi ?
Siapa dia As-Syahid Hassan Al-Bana?
Siapa dia Muhammad Al-Fateh?
Siapa dia Syeikh Ahmed Deedat?

“”””Bagaimana aku ingin ketawa sedangkan masjid Al-Aqsa masih dibawah jajahan musuh?”””
kata Sallahuddin al-Ayubbi ketika ditanya mengapa beliau sentiasa serius dan tidak pernah ketawa..
Salahuddin adalah dari keturunan Kurdis. Bukan berbangsa Arab.. bukan berbangsa palestin.tapi. mengapa salahuddin menghabiskan sepanjang umurnya bertarung mendapatkan Palestin dan Al-Aqsa?
Betapa hebatnya salahuddin apabila berjaya menyatukan umat islam yang berpecah belah .. segala persoalan fahaman, mazhab, bangsa,dan keturunan semuanya ditinggalkan untuk bersatu dibawah panji islam yang diketuai Salahuddin. Malah.. Salahuddin berjaya menyatukan fahaman yang sering bertelagah syiah dan ahli sunnah waljamaah untuk berjuang atas nama Islam..
Hebatnya Kau Salahuddin….
Suatu ketika dulu beliau pernah meminta air minum, tetapi entah apa sebabnya air itu tidak diberikan kepadanya. beliau meminta sehingga lima kali lalu berkata, “Aku hampir mati kehausan”. beliau kemudian meminum air yang dibawakan kepadanya tanpa menunjukkan kemarahan..
Penyabarnya kau Salahuddin..
Dalam kesungguhan, semangat dan ketahanan rasanya tiada siapa yang boleh menandingi Salahuddin.
Kadang-kadang beliau sendiri pergi ke kawasan perkhemahan tentera musuh bersama perisik-perisiknya sekali bahkan dua kali sehari. Ketika berperang beliau sendiri akan pergi merempun celah-celah tentera musuh yang sedang mara. beliau sentiasa mengadakan pemeriksaan ke atas setiap tenteranya dan memberikan arahan kepada panglima-panglima tenteranya.
Suatu Malam.. Richard the lion Raja England , musuh salahuddin sedang sakit didalam khemah tentera kristian..
Tiba-tiba ada satu kelibat manusia datang kepada Richard the Lion untuk merawat penyakitnya.. siapa sangka manusia itu musuh Richard sendiri.. Solahuddin Al-Ayubi.. Beliau sanggup menyamar dan membuang perasaan benci untuk merawat musuhnya sendiri. Subhanallah..
Pernah diceritakan, Salahuddin Al-ayubi pernah berhadapan Richard the lion untuk menunjukkan kehebatan dan kemahiran masing-masing. Richard the lion yang berbadan sasa mengambil pedang dari sarungnya dan dengan penuh tenaga menghunus kearah sebiji batu besar.. batu itu terbelah..
Apabila tiba giliran Salahuddin.. Salahuddin lantas mencampakkan sehelai kain sutera kelangit dan menghulurkan pedangnya,. Kain sutera dengan perlahan jatuh dan hinggap dimata pedang.. Kain itu terpotong dua kerana tajamnya mata pedang Salahuddin.
Dalam medan peperangan beliau bagaikan seorang ibu yang garang kehilangan anak tunggal
akibat dibunuh oleh tangan jahat.
Beliau akan bergerak dari satu hujung medan peperangan ke hujung yang lain untuk
mengingatkan tenteranya supaya benar-benar berjihad di jalan Allah semata-mata.
Beliau juga akan pergi ke seluruh pelosok tanah air dengan mata yang berlinang
mengajak manusia supaya bangkit membela Islam.
Ketika mengepung Acre beliau hanya minum, itupun selepas dipaksa oleh doktor peribadinya
tanpa makan. Doktor itu berkata bahawa Salahuddin hanya makan beberapa suap makanan
semenjak hari Jumaat hingga isnin kerena beliau tidak mahu perhatiannya kepada
peperangan terganggu ..
Asakan Tentera Islam teramat dahsyat
Memaksa Tentera Kristian menyerah kalah.
tiada lagi pertempuran berlaku
Ketua tenteta kristian menunggang kuda menuju kearah Salahudin Al-Ayubbi didepan Baitul Maqdis..
“Adakah kamu orang islam akan memperlakukan kami seperti mana kami memperlakukan keatas orang-orang kamu terdahulu?” Kata Ketua Tentera Kristian
Semasa Kristian berjaya menawan Baitul Maqdis dahulu, jalan-jalan di jerusalem ‘tersumbat’ dengan mayat-mayat, orang-orang Islam yang tidak bersenjata disiksa, dibakar dan dipanah dari jarak dekat di atas bumbung dan menara rumah-rumah ibadah. Darah merah mewarnai bumi palestin akibat pembunuhan orang Islam beramai-ramai.
” Kami orang Islam tidak seperti kamu” Jawab Salahuddin Al-Ayubi.
Jawapan ini telah menyebabkan ramai orang kristian memeluk Islam akibat keindahan akhlak yang ditunjukkan Salahuddin Al-ayubbi..
Salahuddin tidak membalas tindakan mereka membunuh orang Islam yang tidak bersalah semasa orang kristian menawan baitul maqdis. Bersesuaian dengan tuntutan Islam, Orang awam tidak boleh dibunuh dalam peperangan..
Hari itu, Langit begitu Cerah
Laungan “Allahhu Akbar” dan “Tiada tuhan melainkan
Allah” telah memenuhi langit..
Para tentera tersenyum girang..
Pada Jumaat, 27 Rajab 583H bersamaan dengan tarikh peristiwa iskraj mikraj Rasulullah SAW.
Baitul Maqdis Ditawan Tentera Mukmin.
Ramai orang yang terdiri dari ulama,
Pembesar-pembesar, peniaga dan orang-orang biasa
datang merayakan gembira kemenangan ini
Selepas menunggu hampir 90 tahun
kini sembahyang Jumaat telah diadakan
semula di Baitul Muqaddis. ALLAHUAKBAR!
Salib yang terpampang di ‘Dome of Rock’ telah diturunkan.
Betapa Hebatnya hari itu hanya Allah yang tahu..
Kemenangan Seluruh Umat Islam
Kemenangan Atas Kemenangan
27 Safar, 589H
Malam itu telah nampak tanda-tanda berakhirnya hayat Salahuddin
Syeikh Abu Ja’afar , seorang yang wara’ telah diberi kepercayaan untuk duduk disebelah Salahuddin ketika beliau Nazak.
Salahuddin Antara pengsan dan sedar.
Lantas, Syeikh Abu Jaafar membacakan
“Dialah Allah, tiada tuhan melainkan Dia, Yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata”
(Al-Hasyr: 22)
Sejurus Syeikh Abu Jaafar membacakan ayat tersebut,
Salahuddin terus membuka matanya sambil tersenyum
dengan muka yang berseri dan perasaan yang gembira dia berkata
“Memang Benar”
Selepas mengucapkan kata-kata itu, Rohnya pun kembali kerahmatullah.
Salahuddin tidak meninggalkan harta kecuali satu dinar dan 47 dirham ketika beliau wafat. Tiada rumah-rumah, barang-barang, tanah, kebun dan harta-harta lain yang ditinggalkannya. Bahkan harta yang ditinggalkannya tidak cukup untuk kos pengkebumiannya. Keluarganya terpaksa meminjam wang untuk menanggung kos pengkebumian. Malah kain kafan pun diberikan oleh seorang menterinya.
Empat puluh tahun kemudian,
Lord Olenby yang mengetuai pasukan Salibiah berjaya memasuki semula kota Baitulmaqdis, dia pergi ke kubur Salahuddin dan menginjakkan kakinya ke atas kubur Salahuddin sambil berkata:
“Sekarang aku datang semula ke sini.”
Alangkah penakutnya Si Olenby.. Celakalah si penakut ini kerana hanya berani berdepan dengan Salahuddin yang telah mati..
Tidak cukup dengan itu,
1917
Selepas Perdana Menteri Britain mengumumkan tamatnya perang salib ,
General Perancis,Goro telah datang kekubur Salahuddin Al- Ayubi dan menyepak kubur pembela Islam ini sambil berkata
” Bangunlah Salahuddin, Kami dah sampai disini!”
Alangkah bencinya mereka terhadap Hero umat islam ini.. Maha Suci Allah , telah mengurniakan seorang manusia yang hebat dalam membantu menegakkan umat Islam

Wednesday, 2 October 2013

Rahsia Kejayaan Orang Jepun


Siapa tidak pernah dengar akan negara Jepun? Tokyo adalah bandar nombor 1 di Asia dan ke 4 di dunia. Jepun bertanggungjawab terhadap penciptaan mi segera sehingga mengubah cara seluruh penduduk dunia makan. Negara ini mewujudkan produk baru yang sukar dibayangkan minda. Mereka mendominasi dalam banyak industri Amerika daripada kereta sehingga permainan video. Mereka juga pemimpin dunia dalam industri robotik.
Penduduk dunia semua gerun mendengar kisah pengeboman nuklear paling zalim yang dilakukan Amerika Syarikat terhadap Hiroshima dan Nagasaki. Hampir tidak masuk akal sekiranya difikirkan bahawa negara yang telah mengalami bencana paling terburuk dalam sejarah penciptaan dunia mampu menjadi negara paling berjaya di Asia dan disegani oleh pihak Barat yang lebih awal mencapai kemakmuran dan kemajuan. Tiada siapa yang pernah melihat gambar-gambar pengeboman yang mengerikan itu pada setengah abad lalu telah memberikan negara ini mana-mana peluang untuk ‘hidup’ apatah lagi menjadi sehebat Jepun yang kita kenali pada hari ini.
Apa sebenar rahsia penduduk Negara Matahari Terbit ini?
Antara semua bangsa dalam dunia, dapat dikatakan dengan penuh yakin bahawa penduduk Jepun adalah teramat rajin. Seorang pekerja Jepun boleh melakukan pekerjaan yang biasanya dikerjakan oleh 5-6 orang. Contohnya, seorang pekerja di Jepun dapat menghasilkan sebuah kereta dalam masa 9 hari, sedangkan pekerja di negara lain memerlukan 47 hari untuk membuat kereta yang bernilai sama! Di kampus, professor juga biasa pulang malam (secara tepat pagi), membuat mahasiswa tidak mahu pulang cepat. Direkodkan, secara purata jam bekerja pegawai di Jepun adalah 2450 jam/tahun, sangat tinggi dibandingkan dengan Amerika (1957 jam/tahun), Britain (1911 jam/tahun), Jerman (1870 jam/tahun), dan Perancis (1680 jam/tahun). Penduduk Jepun juga boleh dikatakan terlalu kuat bekerja sehingga wujud satu fenomena yang dipanggil Karoshi yang bermaksud “mati kerana kerja keras”!
Penduduk Jepun tidak pernah berputus asa dek peristiwa hitam pada malam yang mengerikan dalam abad ke-20 tersebut. Sebaliknya, mereka bekerja bersama-sama untuk membentuk sebuah negara yang kuat. Ekonomi Jepun kukuh bukan kerana kehebatan ciptaan-ciptaan mesinnya, tetapi kerana kekuatan semangat dan prinsip-prinsip betul yang diamalkan rakyatnya.
Tun Mahathir yang sejak beberapa dekad lalu kagum akan sikap penduduk Jepun yang pemalu. Orang Jepun sangat pemalu sehingga tingkap-tingkap rumah mereka sentiasa ditutup agar tidak boleh melihat. Orang ramai juga dibenarkan untuk mengeluarkan nama-nama mereka daripada buku telefon jika mereka mahu. Sesiapa yang banyak bertanya akan dianggap biadab. Satu lagi yang sinonim dengan perasaan malu mereka ialah yang fenomena yang diasaskan puak Samurai yakni Harakiri yang bermaksud “bunuh diri dengan menusukkan pisau ke perut”, biasanya kerana perasaan malu. Contohnya, menteri yang mengundurkan diri kerana terlibat dalam masalah rasuah atau merasa gagal menjalankan tugasnya. Perasaan malu menyebabkan sistem hidup orang Jepun menjadi teratur. Mereka secara automatik membentuk barisan dalam setiap keadaan yang diperlukan seperti pembelian tiket masuk ke stadium untuk menonton bola sepak, menaiki bas, sampai nak menggunakan tandas awam, pun! Mereka malu terhadap orang sekeliling apabila mereka melanggar peraturan ataupun norma yang sudah menjadi amalan umum. Hebat, bukan?
Kesan daripada revolusi perindustrian dan sistem kapitalisme yang meluas, budaya berbelanja menjadi kegemaran penduduk di seluruh dunia, terutamanya bagi kaum Hawa tetapi tidak di Jepun. Penduduk Jepun sememangnya mengamalkan sikap anti konsumerisme dalam pelbagai bidang kehidupan. Contohnya, suri rumah di Jepun sanggup menaiki basikal ke kedai sayur yang agak jauh dari rumah, hanya kerana lebih murah 20 atau 30 yen. Banyak keluarga di Jepun yang tidak memiliki kereta, bukan kerana tidak mampu, tapi kerana lebih berjimat menggunakan bas.
Professor mereka bersaing dengan para mahasiswa dengan menaiki basikal ke kampus. Penduduknya pula suka berbelanja dihypermarket sekitar jam 7 setengah malam kerana pada mas itu, pihak hypermarket akan memotong harga sampai separuh pada waktu sekitar setengah jam sebelum tutup yakni pada pukul 8 malam. Satu idea yang baik, tak gitu?
Seterusnya, bangsa Jepun agak ke hadapan daripada bangsa-bangsa lain di Asia dari segi inovasi. Mereka tidak berapa kreatif untuk mencipta sesuatu, tetapi mereka ternyata bijak mengubah penemuan orang lain dan kemudian memasarkan nya dalam bentuk yang diminati oleh masyarakat. Agak janggal sekiranya menyentuh tentang inovasi tanpa menyebut seorang tokoh Jepun yang disegani ramai. Akio Morita, CEO Sony telah mengembangkan Sony Walkman sehingga jumlah jualan sehingga tahun 1995 mencecah angka 150 juta! Kisahnya, Cassete Tape tersebut bukanlah ciptaan beliau, tetapi ia adalah milik Phillip Electronics. Kehebatan Akio terletak pada bakat inovasi nya yang mampu mengubah model tersebut kepada sesuatu yang dipanggil Walkman, produk yang meletup selama puluhan tahun. Siapa yang tak pernah memiliki Walkman,kan?
Umum kita dengar yang sesebuah syarikat boleh dianggap hebat sekiranya mereka mampu membuatkan seorang graduan muda bekerja melebihi 2 tahun kerana generasi Y ini sangat suka menukar kerja. Pantang ada faedah atau gaji lebih, mereka mesti sapu licin! Tetapi berlainan keadaannya di Jepun. Penduduk Jepun, tidak kira generasi apa pun sangat jarang bertukar-tukar kerja. Mereka biasanya bertahan di satu atau dua syarikat sampai lah pencen. Contoh yang lain dalam membuktikan betapa setianya orang Jepun dalam sesuatu perkara dapat dilihat dengan pembangunan bandar Hofu yang merupakan bandar industri yang jauh ketinggalan dengan penduduk yang terlalu padat, suatu ketika dahulu. Disebabkan kesetiaan penduduknya yang tidak berbelah bahagi, mereka bekerja keras siang dan malam sehingga berjaya mengubah Hofu menjadi bandar yang maju dan moden. Bahkan pada masa sekarang menjadi bandar industri terbaik dengan pengeluaran kenderaan mencapai 160,000 setahun! Sikap ini sememangnya sukar untuk dicari di negara-negara maju seperti Amerika mahupun Eropah.
Kesan daripada revolusi perindustrian dan sistem kapitalisme yang meluas, budaya berbelanja menjadi kegemaran penduduk di seluruh dunia, terutamanya bagi kaum Hawa tetapi tidak di Jepun. Penduduk Jepun sememangnya mengamalkan sikap anti konsumerisme dalam pelbagai bidang kehidupan. Contohnya, suri rumah di Jepun sanggup menaiki basikal ke kedai sayur yang agak jauh dari rumah, hanya kerana lebih murah 20 atau 30 yen. Banyak keluarga di Jepun yang tidak memiliki kereta, bukan kerana tidak mampu, tapi kerana lebih berjimat menggunakan bas.
Yang paling sinonim dengan masyarakat Jepun ialah sikap pantang menyerah. Sejarah membuktikan bahawa bangsa Jepun mempunyai daya ketahanan yang amat tinggi. Contohnya, ketika kerajaan Tokugawa memerintah Negara Matahari Terbit ini, mereka sangat ketinggalan dari aspek teknologi dek kerana dasar kerajaan yang menutup semua akses ke luar negeri. Tetapi, Ketika pemulihan Meiji berlaku, bangsa Jepun cepat beradaptasi dan menjadi fast learner.Contoh seterusnya, Matsushita Konosuke yang perniagaannya hampir musnah dan hampir tersingkir daripada perniagaan peralatan elektronik sekitar tahun 1945 masih mampu merangkak, bermula dari kosong untuk membangunkan industri sehingga menjadi empayar Matsushita yang dikenali ramai pada hari ini. Lagi contoh, Jepun tidak seperti Malaysia yang kaya dengan sumber alam. Jepun sangat miskin dalam aspek ini tetapi mereka tidak pernah menyerah kalah. Mereka mengimport minyak, bijih besi dan kayu, bahkan 85% sumber tenaga Jepun berasal dari negara lain.
Kemudian, sifat berdikari memang tidak boleh dipisahkan dengan masyarakat Jepun. Budaya murni yang dilatih sejak kecil ini secara tidak langsung akan melatih setiap penduduknya untuk sentiasa bersedia menghadapi segala kemungkinan dan bangun semua dengan cepat setelah berlaku kecelakaan. Seperti yang diketahui umum, negara Jepun terdedah kepada pelbagai jenis bencana alam seperti letusan gunung berapi, gempa bumi, tsunami dan macam-macam lagi. Dengan mempersiapkan anak-anak kecil ini agar dapat berdikari, mereka tidak perlukan latihan ketenteraan lagi selepas tamat sekolah menengah tinggi. Cara mereka dilatih amat mudah. Anak-anak kecil di Jepun dilatih untuk membawa perlengkapan sendiri, dan bertanggungjawab terhadap barang miliknya sendiri. Semasa di kolej, sebahagian besar daripada mereka tidak meminta belanja daripada ibu bapa. Mereka membuat kerja sambilan untuk menampung belanja sekolah dan belanja harian. Sekiranya mereka kehabisan wang, mereka “meminjam” wang daripada ibu bapa yang akan dipulangkan kemudian.
Dan sikap yang satu ini, memang merupakan masalah kronik di Malaysia. MEMBACA. Penduduk Jepun sangat rajin membaca. Dalam densha (kereta elektrik), bullet train, di perhentian bas, di mana-mana sahaja, anak-anak kecil dan golongan dewasa asyik membaca buku atau surat khabar. Jika ada demand, mesti adasupply, bukan? Para penerbit di sana membuat komik manga untuk mengisi di kurikulum sekolah dan ia dibenarkan oleh pihak sekolah. Komik manga yang menjadi kegilaan anak-anak muda Jepun diselitkan dengan pelajaran Sejarah, Biologi, Bahasa, dan macam-macam lagi demi meningkatkan minat membaca dalam masyarakat. Budaya membaca orang Jepun juga didukung oleh kepantasan proses penterjemahan buku-buku asing (Bahasa Inggeris, Perancis, Jerman, dsb).
Lagi, pepatah Melayu ada menyebut, “bersatu teguh, bercerai roboh”. Inilah yang diamalkan penduduk Jepun dalam melaksanakan sebarang pekerjaan. Mereka lebih gemar melakukan sesuatu secara berkumpulan, pendek kata, kurang sifat individualistik dalam masyarakat mereka. Dunia belajar mahupun pekerjaan, prinsip kerja secara berkumpulan ini juga membawa kesepaduan dalam negara mereka. Mesyuarat atau muafakat atau sering disebut dengan “rin-gi” adalah ritual dalam kumpulan. Ada pepatah yang mengatakan bahawa “Seorang professor Jepun akan kalah dengan seorang professor Amerika, tetapi 10 orang professor Amerika tidak akan dapat mengalahkan 10 orang professor Jepun yang berkumpulan”.
Akhir sekali, walaupun Jepun sudah jauh ke hadapan meninggalkan negara-negara yang seangkatan dengannya, bangsa Jepun masih mengekalkan tradisi dan budaya nenek moyangnya. Budaya perempuan yang sudah menikah untuk tidak bekerja masih wujud. Budaya minta maaf masih lagi diamalkan. Bangsa Jepun amat sukar untuk berkata “tidak” terhadap sebarang permintaan.
Itulah rahsia kejayaan orang Jepun. Luar biasa!


Sunday, 22 September 2013

Petua Untuk Menjadi Suami Yang Hebat



1. Imam Solat - Suami yang mampu menjadi imam dalam solat adalah amat jelas mampu memimpin rumah tangganya. Maka isteri akan hormat kerana suaminya mempunyai kredibiliti yang sememangnya menjadi tuntutan dalam berkeluarga. Mampu menjadi imam dalam solat adalah tanda bahawa suaminya mampu memimpinnya ke jalan yang lebih baik dalam agama.

2. Mengajarkan Ilmu-ilmu Agama - Ramai di antara kita hari ini mampu menyediakan peralatan hiburan di rumah tetapi tidak dapat menyediakan peralatan untuk mengajarkan ilmu-ilmu agama. Sekiranya kita tidak mampu, carilah guru yang dapat membimbing kita dan keluarga kita.

3. Suami Yang Matang - Ramai suami nampak matang sebelum mendirikan rumah tangga, tetapi hakikatnya tidak setelah mereka berkeluarga. Suami perlu matang dalam memberikan keputusan kerana isteri tetap akan meminta pandangan suami walaupun dia mungkin dapat membuat keputusan terhadap sesuatu perkara.

4. Pandai Memasak - Suami adalah penjaga kepada isteri dan anak-anak. Jangan kita hanya menjadi suami yang hanya tahu memakan air tangan isteri, kerana sebenarnya isteri juga akan lebih menyayangi suami yang pandai memasak. Air tangan suami juga mampu mengeratkan hubungan antara suami isteri dan juga anak-anak.

5. Suami Yang Berdikari - Tahu menguruskan diri sendiri. Jangan hanya mengharapkan isteri untuk membasuh pakaian dan menggosok baju kerana ada waktunya mungkin isteri kita tidak dapat melakukan itu semua. Suami yang mampu melakukan kerja-kerja isteri mampu kelihatan comel dan romantik di mata si isteri. Cubalah, anda pasti akan nampak hasilnya nanti!

6. Mempunyai Prinsip dan Pendirian - Suami tidak boleh kelihatan lemah dengan hanya mendengar dan mengikut pandangan ahli keluarga sekiranya berlaku masalah keluarga.. Pendirian ini akan menunjukkan bahawa anda suami yang hebat di mata isteri. Pandangan ahli keluarga hanyalah pembimbing bukanlah keputusan kepada masalah anda.

7. Menjaga Anak-anak Bersama Isteri - Banyak berlaku di kalangan kita, isteri ditatang bagai minyak yang penuh ketika sedang mengandung, tetapi setelah selamat bersalin suami hanya menyerahkan penjagaan anak kepada isteri sepenuhnya. Lebih-lebih lagi jika anak yang dilahirkan bukan anak sulong. Isteri mengalami kepenatan menguruskan rumah tangga dua kali ganda selepas melahirkan anak. Tanggungjawab ini juga perlu dirasai oleh suami. Bersamalah bangun malam ketika anak menangis kelaparan. Pastinya isteri akan lebih menghargai kerjasama yang anda berikan.

8. Jadilah Suami Serba Tahu - Suami yang serba boleh dengan erti kata mempunyai pengetahuan yang serba-serbi. Isteri amat rasa kagum apabila suaminya mempunyai pengetahuan dalam pelbagai bidang. Baik dari selok-belok rumah tangga, ekonomi, politik, pendidikan dan sebagainya. Suami yang sebegini bukan sekadar disayangi isteri bahkan juga disayangi mertua.