melangkah ke arah Cinta Hakiki... sabda Rasulullah SAW: ❝ Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. ❞
Tuesday, 22 October 2013
Wednesday, 2 October 2013
Rahsia Kejayaan Orang Jepun
Siapa tidak pernah dengar akan
negara Jepun? Tokyo adalah bandar nombor 1 di Asia dan ke 4 di dunia. Jepun
bertanggungjawab terhadap penciptaan mi segera sehingga mengubah cara seluruh
penduduk dunia makan. Negara ini mewujudkan produk baru yang sukar dibayangkan
minda. Mereka mendominasi dalam banyak industri Amerika daripada kereta
sehingga permainan video. Mereka juga pemimpin dunia dalam industri robotik.
Penduduk dunia semua gerun
mendengar kisah pengeboman nuklear paling zalim yang dilakukan Amerika Syarikat
terhadap Hiroshima dan Nagasaki. Hampir tidak masuk akal sekiranya difikirkan
bahawa negara yang telah mengalami bencana paling terburuk dalam sejarah
penciptaan dunia mampu menjadi negara paling berjaya di Asia dan disegani oleh
pihak Barat yang lebih awal mencapai kemakmuran dan kemajuan. Tiada siapa yang
pernah melihat gambar-gambar pengeboman yang mengerikan itu pada setengah abad
lalu telah memberikan negara ini mana-mana peluang untuk ‘hidup’ apatah lagi menjadi
sehebat Jepun yang kita kenali pada hari ini.
Apa sebenar rahsia penduduk
Negara Matahari Terbit ini?
Antara semua bangsa dalam
dunia, dapat dikatakan dengan penuh yakin bahawa penduduk Jepun adalah teramat
rajin. Seorang pekerja Jepun boleh melakukan pekerjaan yang biasanya dikerjakan
oleh 5-6 orang. Contohnya, seorang pekerja di Jepun dapat menghasilkan sebuah
kereta dalam masa 9 hari, sedangkan pekerja di negara lain memerlukan 47 hari
untuk membuat kereta yang bernilai sama! Di kampus, professor juga biasa pulang
malam (secara tepat pagi), membuat mahasiswa tidak mahu pulang cepat.
Direkodkan, secara purata jam bekerja pegawai di Jepun adalah 2450 jam/tahun,
sangat tinggi dibandingkan dengan Amerika (1957 jam/tahun), Britain (1911
jam/tahun), Jerman (1870 jam/tahun), dan Perancis (1680 jam/tahun). Penduduk
Jepun juga boleh dikatakan terlalu kuat bekerja sehingga wujud satu fenomena
yang dipanggil Karoshi yang bermaksud “mati kerana kerja keras”!
Penduduk Jepun tidak pernah
berputus asa dek peristiwa hitam pada malam yang mengerikan dalam abad ke-20
tersebut. Sebaliknya, mereka bekerja bersama-sama untuk membentuk sebuah negara
yang kuat. Ekonomi Jepun kukuh bukan kerana kehebatan ciptaan-ciptaan mesinnya,
tetapi kerana kekuatan semangat dan prinsip-prinsip betul yang diamalkan
rakyatnya.
Tun Mahathir yang sejak
beberapa dekad lalu kagum akan sikap penduduk Jepun yang pemalu. Orang Jepun
sangat pemalu sehingga tingkap-tingkap rumah mereka sentiasa ditutup agar tidak
boleh melihat. Orang ramai juga dibenarkan untuk mengeluarkan nama-nama mereka
daripada buku telefon jika mereka mahu. Sesiapa yang banyak bertanya akan
dianggap biadab. Satu lagi yang sinonim dengan perasaan malu mereka ialah yang
fenomena yang diasaskan puak Samurai yakni Harakiri yang bermaksud “bunuh diri
dengan menusukkan pisau ke perut”, biasanya kerana perasaan malu. Contohnya,
menteri yang mengundurkan diri kerana terlibat dalam masalah rasuah atau merasa
gagal menjalankan tugasnya. Perasaan malu menyebabkan sistem hidup orang Jepun menjadi
teratur. Mereka secara automatik membentuk barisan dalam setiap keadaan yang
diperlukan seperti pembelian tiket masuk ke stadium untuk menonton bola sepak,
menaiki bas, sampai nak menggunakan tandas awam, pun! Mereka malu terhadap
orang sekeliling apabila mereka melanggar peraturan ataupun norma yang sudah
menjadi amalan umum. Hebat, bukan?
Kesan daripada revolusi
perindustrian dan sistem kapitalisme yang meluas, budaya berbelanja menjadi
kegemaran penduduk di seluruh dunia, terutamanya bagi kaum Hawa tetapi tidak di
Jepun. Penduduk Jepun sememangnya mengamalkan sikap anti konsumerisme dalam
pelbagai bidang kehidupan. Contohnya, suri rumah di Jepun sanggup menaiki
basikal ke kedai sayur yang agak jauh dari rumah, hanya kerana lebih murah 20
atau 30 yen. Banyak keluarga di Jepun yang tidak memiliki kereta, bukan kerana
tidak mampu, tapi kerana lebih berjimat menggunakan bas.
Professor mereka bersaing
dengan para mahasiswa dengan menaiki basikal ke kampus. Penduduknya pula suka
berbelanja dihypermarket sekitar jam 7 setengah malam
kerana pada mas itu, pihak hypermarket akan memotong harga sampai separuh
pada waktu sekitar setengah jam sebelum tutup yakni pada pukul 8 malam. Satu
idea yang baik, tak gitu?
Seterusnya, bangsa Jepun agak
ke hadapan daripada bangsa-bangsa lain di Asia dari segi inovasi. Mereka tidak
berapa kreatif untuk mencipta sesuatu, tetapi mereka ternyata bijak mengubah
penemuan orang lain dan kemudian memasarkan nya dalam bentuk yang diminati oleh
masyarakat. Agak janggal sekiranya menyentuh tentang inovasi tanpa menyebut
seorang tokoh Jepun yang disegani ramai. Akio Morita, CEO Sony telah
mengembangkan Sony Walkman sehingga jumlah jualan sehingga tahun 1995 mencecah
angka 150 juta! Kisahnya, Cassete Tape tersebut bukanlah ciptaan beliau, tetapi
ia adalah milik Phillip Electronics. Kehebatan Akio terletak pada bakat inovasi
nya yang mampu mengubah model tersebut kepada sesuatu yang dipanggil Walkman, produk yang meletup selama
puluhan tahun. Siapa yang tak pernah memiliki Walkman,kan?
Umum kita dengar yang sesebuah
syarikat boleh dianggap hebat sekiranya mereka mampu membuatkan seorang graduan
muda bekerja melebihi 2 tahun kerana generasi Y ini sangat suka menukar kerja.
Pantang ada faedah atau gaji lebih, mereka mesti sapu licin! Tetapi berlainan
keadaannya di Jepun. Penduduk Jepun, tidak kira generasi apa pun sangat jarang
bertukar-tukar kerja. Mereka biasanya bertahan di satu atau dua syarikat sampai
lah pencen. Contoh yang lain dalam membuktikan betapa setianya orang Jepun
dalam sesuatu perkara dapat dilihat dengan pembangunan bandar Hofu yang
merupakan bandar industri yang jauh ketinggalan dengan penduduk yang terlalu
padat, suatu ketika dahulu. Disebabkan kesetiaan penduduknya yang tidak
berbelah bahagi, mereka bekerja keras siang dan malam sehingga berjaya mengubah
Hofu menjadi bandar yang maju dan moden. Bahkan pada masa sekarang menjadi
bandar industri terbaik dengan pengeluaran kenderaan mencapai 160,000 setahun!
Sikap ini sememangnya sukar untuk dicari di negara-negara maju seperti Amerika
mahupun Eropah.
Kesan daripada revolusi
perindustrian dan sistem kapitalisme yang meluas, budaya berbelanja menjadi
kegemaran penduduk di seluruh dunia, terutamanya bagi kaum Hawa tetapi tidak di
Jepun. Penduduk Jepun sememangnya mengamalkan sikap anti konsumerisme dalam
pelbagai bidang kehidupan. Contohnya, suri rumah di Jepun sanggup menaiki
basikal ke kedai sayur yang agak jauh dari rumah, hanya kerana lebih murah 20
atau 30 yen. Banyak keluarga di Jepun yang tidak memiliki kereta, bukan kerana
tidak mampu, tapi kerana lebih berjimat menggunakan bas.
Yang paling sinonim dengan
masyarakat Jepun ialah sikap pantang menyerah. Sejarah membuktikan bahawa
bangsa Jepun mempunyai daya ketahanan yang amat tinggi. Contohnya, ketika
kerajaan Tokugawa memerintah Negara Matahari Terbit ini, mereka sangat
ketinggalan dari aspek teknologi dek kerana dasar kerajaan yang menutup semua
akses ke luar negeri. Tetapi, Ketika pemulihan Meiji berlaku, bangsa Jepun
cepat beradaptasi dan menjadi fast learner.Contoh
seterusnya, Matsushita Konosuke yang perniagaannya hampir musnah dan hampir
tersingkir daripada perniagaan peralatan elektronik sekitar tahun 1945 masih
mampu merangkak, bermula dari kosong untuk membangunkan industri sehingga
menjadi empayar Matsushita yang dikenali ramai pada hari ini. Lagi contoh,
Jepun tidak seperti Malaysia yang kaya dengan sumber alam. Jepun sangat miskin
dalam aspek ini tetapi mereka tidak pernah menyerah kalah. Mereka mengimport
minyak, bijih besi dan kayu, bahkan 85% sumber tenaga Jepun berasal dari negara
lain.
Kemudian, sifat berdikari
memang tidak boleh dipisahkan dengan masyarakat Jepun. Budaya murni yang
dilatih sejak kecil ini secara tidak langsung akan melatih setiap penduduknya
untuk sentiasa bersedia menghadapi segala kemungkinan dan bangun semua dengan
cepat setelah berlaku kecelakaan. Seperti yang diketahui umum, negara Jepun
terdedah kepada pelbagai jenis bencana alam seperti letusan gunung berapi,
gempa bumi, tsunami dan macam-macam lagi. Dengan
mempersiapkan anak-anak kecil ini agar dapat berdikari, mereka tidak perlukan
latihan ketenteraan lagi selepas tamat sekolah menengah tinggi. Cara mereka
dilatih amat mudah. Anak-anak kecil di Jepun dilatih untuk membawa perlengkapan
sendiri, dan bertanggungjawab terhadap barang miliknya sendiri. Semasa di
kolej, sebahagian besar daripada mereka tidak meminta belanja daripada ibu
bapa. Mereka membuat kerja sambilan untuk menampung belanja sekolah dan belanja
harian. Sekiranya mereka kehabisan wang, mereka “meminjam” wang daripada ibu bapa
yang akan dipulangkan kemudian.
Dan sikap yang satu ini, memang
merupakan masalah kronik di Malaysia. MEMBACA. Penduduk Jepun sangat rajin
membaca. Dalam densha (kereta elektrik), bullet train, di perhentian bas, di mana-mana
sahaja, anak-anak kecil dan golongan dewasa asyik membaca buku atau surat
khabar. Jika ada demand, mesti adasupply, bukan? Para penerbit di sana
membuat komik manga untuk mengisi di kurikulum sekolah dan ia dibenarkan oleh
pihak sekolah. Komik manga yang menjadi kegilaan anak-anak muda Jepun
diselitkan dengan pelajaran Sejarah, Biologi, Bahasa, dan macam-macam lagi demi
meningkatkan minat membaca dalam masyarakat. Budaya membaca orang Jepun juga
didukung oleh kepantasan proses penterjemahan buku-buku asing (Bahasa Inggeris,
Perancis, Jerman, dsb).
Lagi, pepatah Melayu ada
menyebut, “bersatu teguh, bercerai roboh”. Inilah yang diamalkan penduduk Jepun
dalam melaksanakan sebarang pekerjaan. Mereka lebih gemar melakukan sesuatu
secara berkumpulan, pendek kata, kurang sifat individualistik dalam masyarakat
mereka. Dunia belajar mahupun pekerjaan, prinsip kerja secara berkumpulan ini
juga membawa kesepaduan dalam negara mereka. Mesyuarat atau muafakat atau
sering disebut dengan “rin-gi” adalah ritual dalam kumpulan. Ada pepatah yang
mengatakan bahawa “Seorang professor Jepun akan kalah dengan seorang professor
Amerika, tetapi 10 orang professor Amerika tidak akan dapat mengalahkan 10
orang professor Jepun yang berkumpulan”.
Akhir sekali, walaupun Jepun
sudah jauh ke hadapan meninggalkan negara-negara yang seangkatan dengannya,
bangsa Jepun masih mengekalkan tradisi dan budaya nenek moyangnya. Budaya
perempuan yang sudah menikah untuk tidak bekerja masih wujud. Budaya minta maaf
masih lagi diamalkan. Bangsa Jepun amat sukar untuk berkata “tidak” terhadap
sebarang permintaan.
Itulah rahsia kejayaan orang
Jepun. Luar biasa!
Subscribe to:
Posts (Atom)