Soalan seperti ini memang dianggap mudah oleh
sesetengah calon yang menghadiri temuduga bagi
sektor awam.
Adakah jawapan seperti ini?
” Saya minat kerja kerajaan ini sebab ianya
terjamin berbanding kerja swasta.”
atau
” Saya minat kerja kerjaan ini sebab ayah saya
juga kerja di sektor awam”
atau
” Saya datang je temuduga kerja kerajaan ini,
manatahu ada rezeki”
atau
”Banyak kelebihan jika saya dapat kerja
kerajaan ini. Cuti banyak!”
atau
” Tak tahulah, sebab dah puas saya minta kerja
swasta tak dapat, ni saya cuba la pula di sektor
awam”
Bermacam-macam jawapan yang diberikan oleh calon
apabila ditanya soalan cepuemas ini. Adakah salah
jawapan-jawapan ini? TIDAK, ianya adalah OK, tapi
kurang tepat atau kurang sesuai.
Mahukah Mohd yusri tahu jawapan yang sesuai
bagi soalan yang ditanyakan ini?
Tunggu ye:) Saya bagi jawapan yang sesuai untuk
Mohd yusri ketahui. Sebenarnya, untuk soalan
ini, bermacam-macam jawapan boleh diberikan oleh
Mohd yusri. Contoh – contoh jawapan yang
disyorkan adalah seperti berikut:
”Saya berminat untuk bekerja di sektor awam
adalah kerana:”
1. Berjaya menempatkan diri sebagai penjawat awam
adalah merupakan satu kebanggaan buat diri saya
kerana saya dapat berbakti kepada negara,
bangsa dan agama dengan memberikan perkhidmatan
yang terbaik untuk rakyat.
2. Bidang kerja di sektor awam adalah merupakan
minat dan cita-cita saya sejak zaman persekolahan
lagi dibantu dengan sokongan dan dorongan dari
keluarga saya terutamanya dari ibu dan ayah yang
amat berharap saya berjaya memasuki kerjaya di
sektor awam. Jadi, saya amat berharap saya dapat
diterima sebagai seorang penjawat awam dan
seterusnya dapat berbakti untuk negara.
3. Selain berkhidmat di sektor awam, saya juga
akan berterusan mendapat peluang untuk menambahkan
ilmu terutamanya ilmu-ilmu terkini dalam bidang
kerja yang diceburi dengan adanya seminar,
bengkel, kursus, peperiksaan penilaian dan banyak
lagi yang sememangnya amat bernilai bagi saya yang
tidak dapat saya perolehi di luar sana. Ini bakal
menjadikan saya seorang penjawat awam yang bukan
saja cemerlang, tetapi cekap dan juga berilmu
pengetahuan yang tinggi.
4. Saya juga berpeluang untuk menyambung
pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi dari
kelayakan yang saya miliki sekarang dengan bantuan
dan sokongan pihak kerajaan yang seterusnya dapat
menyumbang kepada perkhidmatan awam itu sendiri.
5. Tidak dapat dinafikan bahawa berkerja di
sektor awam ini memberikan jaminan masa depan buat
saya dan juga keluarga saya. Biarlah orang berkata
”kerja kerajaan ini gaji sikit je” tetapi
bagi saya, terjamin masa depan. Tidak ada risiko dibuang
kerja jika berlaku kegawatan ekonomi seperti yang
berlaku di sektor swasta kini.
6. Ya, kenaikan pangkat! Semua orang menginginkan
kenaikan pangkat dan juga gaji. Dalam sektor awam
semuanya akan diberikan termasuklah kelebihan –
kelebihan lain seperti cuti bersalin, cuti
tahunan, KWSP, mudah buat pinjaman bank, dan
lain-lain. Jadi ini memberikan galakan kepadaa saya
untuk memasuki sektor awam berbanding swasta.
No comments:
Post a Comment