- Kini Ketua Polis Negara (jawatan tertinggi di PDRM) disandang oleh Tan Sri Ismail Omar dan Timbalan Ketua Polis Negara pula disandang oleh Dato' Sri Khalid Abu Bakar.
- Dalam menjaga keamanan awam, PDRM dibantu oleh kumpulan sokongan yang terdiri dari Polis Tambahan, Sukarelawan Polis, Polis Bantuan, Kadet Polis dan kakitangan awam. Antara persatuan bekas polis dan tentera yang ada ialah Persatuan Bekas Polis dan Tentera Malaysia. Rakan Cop merupakan program komuniti polis yang telah dilancarkan pada 2006.
- PDRM turut mengadakan kerjasama dengan pasukan polis diseluruh negara termasuk empat jiran terdekatnya iaitu Polis Nasional Republik Indonesia (POLRI), Polis Diraja Thailand (Royal Thai Police Department, สำนักงานตำรวจแห่งชาติ), Polis Diraja Brunei dan Pasukan Polis Singapura (新加坡警察部队, Singapore Police Force).
- Warga Sang Saka Biru kini telah mengharumkan nama Malaysia di seluruh dunia apabila telah diiktiraf sebagai pasukan polis yang terbaik di dunia apabila PDRM memberi pencapaian dalam menyelesaikan 73, 281 daripada 198, 622 (bersamaan 36.89 %) yang direkodkan pada tahun 2006, satu tahap yang jauh melebihi tahap piawaian Interpol iaitu 20 peratus daripada kes jenayah yang direkodkan setiap tahun. PDRM turut berjaya mengatasi piawaian antarabangsa sebayak dua kali berturut-turut, di mana pada tahun 2005, PDRM berjaya menyelesaikan 76, 284 daripada 157, 459 (48.45 %) kes jenayah yang direkodkan pada tahun tersebut.
jenis jabatan polis:-
Jabatan Pengurusan
- Secara amnya, Jabatan Pengurusan bertanggungjawab dalam hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran PDRM. Berperanan dalam menggerakkan sistem pengurusan yang mantap sebagai pemangkin kepada kemajuan PDRM.
Jabatan Siasatan Jenayah
- Jabatan ini terlibat dengan dengan penyiasatan, penangkapan dan pendakwaan bagi jenayah-jenayah yang keganasan terhadap manusia (seperti pembunuhan, samun dengan senjata api, rogol dan kecederaan) dan jenayah harta benda (seperti kecurian dan pecah rumah). Selain itu jabatan ini menguatkuasakan Undang-Undang berhubung perjudian, maksiat dan kongsi gelap di Malaysia.
Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik
- Jabatan ini berfungsi memerangi dadah berbahaya sebagai musuh utama negara dengan menguatkuasakan undang-undang untuk menyekat dan mengurangkan permintaan dan bekalan dadah berbahaya.Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam
- Secara amnya, jabatan (KDN/KA) ini berperanan untuk memastikan keselamatan dan ketenteraman awam adalah terpelihara. Jabatan ini merangkumi sebahagian besar dari operasi PDRM dari pengawalan trafik ke operasi mencari dan menyelamat.Pasukan Anti-Pengganas
- Ketika ancaman keganasan global semakin meningkat bermula dengan insiden 11 September tahun 2000 di Amerika Syarikat diikuti dengan beberapa siri pengeboman di Bali dan Jakarta, Indonesia hingga Malaysia sendiri turut merasai bahang keganasan global ini, Polis Diraja Malaysia turut mempunyai 2 kor pasukan anti-pengganas yang berperanan besar bukan sahaja membanteras keganasan bersama-sama dengan pasukan elit tentera malahan turut menangani jenayah berbahaya. Dua pasukan elit yang diperkatakan tersebut dikenali sebagai Pasukan Gerakan Khas dan Unit Gempur Marin.pasukan gerak khas (PGK)
- Pasukan Gerakan Khas adalah sebuah skuad elit anti-pengganas dibawah tanggungjawab KDN/KA yang berperanan besar memerangi keganasan dan jenayah berbahaya di Malaysia. Unit ini dibentuk hasil gabungan batalion Komando 69 dan Unit Tindakan Khas dan juga berperanan membantu Cawangan Khas.
pasukan simpanan persekutuan (PSP/FRU)
- Pasukan Simpanan Persekutuan (Bahasa Inggeris: Federal Reserve Unit) atau lebih dikenali dengan singkatan FRU merupakan sebuah pasukan yang bertindak menyuraikan sebarang rusuhan atau perhimpunan haram yang berlaku di Malaysia.Unit Implemenasi C4-i- Unit Implemenasi C4-i (bermaksud Command, Control, Communications, Computer-Intergrated atau lebih dikenali Pusat Kawalan Komunikasi Gunasama Berkomputer) merupakan unit yang diletakkan di dalam Pusat Kawalan Polis diseluruh kontinjen polis di Malaysia. Unit ini ditugaskan melakukan pemantauan diseluruh bandar dan desa bagi tugas-tugas pencegahan jenayah.Pasukan Gerakan Marin (PGM)- Pasukan Gerakan Marin (PGM) atau Polis Marin Malaysia ditubuhkan pada bulan September 1947 di Pulau Pinang. Pada awalnya ia berperanan dalam pencegahan jenayah dan penyeludupan di perairan Selat Melaka dan Pelabuhan Pulau Pinang. Kini terdapat banyak aktiviti lautan yang berkembang seperti carigali minyak, penangkapan ikan, pelancongan di pulau-pulau kecil, aktiviti bot penumpang dan sebagainya. Semuanya memerlukan pengawasan dan bantuan kepolisan dari segi perlesenan dan penguatkuasaan.bahagian:-- D1 - Bahagian Pentadbiran
- D2 - Pendaftaran Rekod Jenayah
- D3 - Bahagian Naziran
- D4 - Bahagian Unit Rekod Perangkaan
- D5 - Bahagian Pendakwaan/Undang-undang
- D6 - Bahagian Bantuan Teknik
- D7 - Bahagian Kongsi Gelap/Perjudian/Maksiat
- D8 - Bahagian Siasatan/Perancangan
- D9 - Bahagian Siasatan Khas
- D10 - Bahagian Makmal Forensik
- D11 - Bahagian Siasatan Seksual/Keganasan Rumahtangga/Penderaan Kanak-kanak
- D12 - Bahagian NCB/Interpo
Tq for the information.:)
ReplyDelete