Permohonan Askar Wataniah
SYARAT-SYARAT PENYERTAAN
Individu yang ingin berkhidmat dalam Askar Wataniah sama ada sebagai anggota biasa (Lain-lain Pangkat) atau pegawai mesti memenuhi syarat-syarat asas seperti berikut:
- Warganegara Malaysia.
- Berumur antara 18 hingga 40 tahun.
- Sihat tubuh badan.
- Lulus persekolahan sekurang-kurangnya Darjah 6 (Lain-lain Pangkat) atau lulus Sijil Pelajaran Malaysia sekurang-kurangnya Gred 2 (Pegawai).
- Penerimaan tertakluk kepada keputusan tapisan keselamatan (tiada kes jenayah).
DOKUMEN YANG DIPERLUKAN
Mempertahankan negara adalah tanggungjawab setiap warga. Jika anda terpanggil untuk sama-sama memikul tanggungjawab ini, anda hanya perlu mendaftarkan diri di pasukan-pasukan berhampiran dengan membawa dokumen-dokumen berikut:
- Salinan Kad Pengenalan Awam.
- Salinan Sijil Warganegara (Jika ada).
- Salinan Sijil Kelahiran.
- Salinan Sijil Nikah dan Surat Beranak Anak (Jika berkahwin).
- 4 Keping Gambar Warna Ukuran Pasport.
- Salinan Sijil-sijil Akademik/Tamat Persekolahan.
CARA PERMOHONAN
Anda hanya perlu memenuhi syarat-syarat yang telah dinyatakan dan hubungi atau terus melapor ke pasukan-pasukan Askar Wataniah yang berhampiran di tempat anda.
APAKAH TUJUAN & YANG BOLEH ANDA PEROLEHI APABILA MENYERTAI ASKAR WATANIAH?
> Berjasa dengan menyumbang kepada pertahanan negara.
> Mengisi masa lapang yang berfaedah.
> Mempelajari kepakaran dalam pasukan Askar Wataniah yang dipilih.
> Membina dan membangunkan perwatakan tanpa mengeluarkan wang ringgit.
> Menambah kenalan/sahabat dari pelbagai lapisan masyarakat.
> Berpeluang melawat/menghadiri latihan di pusat latihan & pasukan-pasukan di seluruh negara.
> Elaun latihan hujung minggu dan gaji bagi latihan melebihi 72jam & perkhemahan tahunan.
> Bounti/Saguhati tahunan.
> Perlindungan kemalangan sama seperti Angkatan Tetap.
> Elaun Perjalanan ke tempat latihan dan kemudahan perubatan.
> Layak menyertai Insurans Berkelompok ATM.
> Cuti tanpa rekod bagi menyertai latihan selama 30 hari dalam satu tahun (bagi kakitangan
kerajaan sahaja).
> Boleh dikerah untuk berkhidmat sepenuh masa mengisi perjawatan tetap dalam kor-kor yang
berkaitan bagi mereka yang layak.
> Layak mendapat kemudahan pembelian barangan PERNAMA PERWIRA NIAGA seperti mana
Anggota Tetap.
> Layak memperolehi kemudahan yang disediakan oleh Yayasan Askar Wataniah.
KERJAYA
Dalam Askar Wataniah setiap individu berpeluang meningkatkan kerjaya masing-masing dalam pasukan Sukarela dengan mendapat peluang-peluang berikut:
Kursus Kerjaya - Berpeluang mengikuti kursus-kursus kerjaya di Pusat Latihan Askar Wataniah (PUSWATAN) di Ipoh atau pasukan-pasukan penganjur yang lain.
Kursus Fungsional - Berpeluang menghadiri kursus fungsional untuk meningkatkan kemahiran dalam bidang-bidang ketenteraan.
Kenaikan Pangkat dan Pentauliahan - Anggota-anggota yang layak dan memenuhi syarat-syarat berpeluang dinaikkan pangkat dan bagi anggota-anggota yang mempunyai kelayakan akademik berpeluang ditauliahkan sebagai pegawai.
INSENTIF ASKAR WATANIAH
Imbuhan Elaun - Setiap anggota Sukarela akan dibayar elaun bagi setiap latihan yang dihadiri. Jenis-jenis elaun yang disediakan adalah seperti berikut:
Elaun Kehadiran: (Pegawai RM 5.80/LLP RM 4.00) - Elaun ini dibayar berasaskan jumlah jam kehadiran ke latihan tempatan.
Pemberian Pakar: (Pegawai RM 300.00/LLP RM 200.00) - Untuk pegawai atau anggota ditauliahkan/didaftarkan untuk tempoh tidak kurang daripada empat tahun.
Elaun Pakaian 'Outfit': Dibayar sekali semasa pentauliahan seseorang pegawai angkatan sukarela.
Elaun Senggaraan Pakaian: (RM 125.00) - Dibayar setahun sekali dikira dari tarikh pentauliahan.
Elaun Pakaian Istiadat: (RM 750.00) - Boleh dituntut lima tahun sekali bermula dari tarikh pentauliahan pegawai berkenaan.
Elaun Pakaian Tauliah Kehormat: (RM 1000.00) - Dibayar sekali semasa pegawai diberi tauliah kehormat seseorang pegawai angkatan sukarela.
Elaun Pengangkutan: Anggota yang menggunakan kenderaan sendiri/pengangkutan awam layak menuntut elaun perjalanan dengan syarat-syarat tertentu.
'Bounti': Memenuhi syarat:
- Kadar Penuh RM 520.00.
- Kadar Tiga Suku RM 390.00
- Kadar Separuh RM 260.00
KONSEP LATIHAN
Konsep latihan yang dilaksanakan adalah berteraskan kepada latihan asas ketenteraan untuk menyediakan anggota dan pasukan yang mampu bergandingan dengan pasukan tetap sekiranya diperlukan. Latihan-latihan Askar Wataniah dilaksanakan mengikut kemampuan dan kesesuaian masa seperti hujung minggu.
LATIHAN REKRUT - Setiap anggota AW perlu menjalani latihan rekrut selama 30 hari berterusan atau melalui latihan tempatan selama 240 jam iaitu syarat untuk pengiktirafan sebagai Prebet.
LATIHAN TEMPATAN - Latihan ini dilaksanakan di lokasi berdekatan kediaman anggota Sukarela. Latihan dijalankan pada masa yang bersesuaian terutama pada cuti hujung minggu. Latihan dilaksanakan dalam tempoh antara 2 hingga 12 jam sehari. Jumlah latihan ini dilaksanakan tidak melebihi 240 jam setahun (psk bukan teknikal) dan tidak melebihi 360 jam (psk teknikal).
LATIHAN LANJUTAN - Latihan ini dijalankan secara berterusan dalam tempoh masa tidak kurang daripada 72 jam dan tdak melebihi 14 hari bagi setiap individu dalam setahun.
LATIHAN TAHUNAN - Latihan ini dijalankan secara berterusan pada setiap tahun sebagai kemuncak aktiviti latihan. Latihan tersebut dilaksanakan tidak melebihi 15 hari setiap tahun bagi seseorang individu. latihan ini dilaksanakan secara berkelompok dengan mengaplikasikan kemahiran ilmu medan perang, muslihat dan pengendalian senjata serta latihan rejimental.
LATIHAN ANGGOTA PAKAR - Anggota Pakar hanya perlu mengikuti latihan kem tahunan selama 15 hari setahun.
BERIKUT ADALAH REJIMEN ASKAR WATANIAH SIRI 500
Rejimen 501 Askar Wataniah
Kem Tebrau
80990 Johor Bharu
Johor
Tel: 07-3541088
Rejimen 502 Askar Wataniah
Kem Sungai Buloh
47000 Sungai Buloh
Selangor
Tel: 03-61565688
Rejimen 503 Askar Wataniah
Kem Jalan Tambun
30350 Ipoh
Perak
Tel: 05-2549342
Rejimen 504 Askar Wataniah
Kem Bukit Keteri
02450 Kangar
Perlis
Tel: 04-9382024
Rejimen 505 Askar Wataniah
Kem Teluk Sisik
25050 Kuantan
Pahang
Tel: 09-5674229
Rejimen 506 Askar Wataniah
Kem Pengkalan Chepa
16100 Kota Bahru
Kelantan
Tel: 09-7738800
Rejimen 507 Askar Wataniah
Kem Bukit Perwira
P.O.Box 11608
88817 Kota Kinabalu
Sabah
Tel: 088-212620/628
Rejimen 508 Askar Wataniah
Kem Jalan Rasah
70300 Seremban
Negeri Sembilan
Tel: 06-7623411
Rejimen 509 Askar Wataniah
Kem Lebuh Raya Peel
10350 Pulau Pinang
Tel: 04-2297001
Rejimen 510 Askar Wataniah
Kem Sri Rejang
96000 Sibu
Sarawak
Tel: 084-333933
Rejimen 511 Askar Wataniah
Kem Ria Kompleks
93677 Kuching
Sarawak
Tel: 082-621300
Rejimen 512 Askar Wataniah
Kem Padang Midin
21400 Kuala Berang
Terengganu
Tel: 09-6191644/645
Rejimen 513 Askar Wataniah
Kem Jla Kolam Air
08000 Sungai Petani
Kedah
Tel: 04-4203102
Rejimen 514 Askar Wataniah
Kem Bukit Beruang
75450 Melaka
Tel: 06-2332123 /2130
Rejimen 515 Askar Wataniah
Kem Jalan Ampang
50634 Kuala Lumpur
Tel: 03-42567133
Rejimen 516 Askar Wataniah
Kem Kukusan
91000 Tawau
Sabah
Tel: 089-772771
Lirik Lagu Gagah Setia
Gagah dan setia
Tabah dan Perkasa
Itulah cogan kata
Tentera Darat Malaysia
Gempur-gempur wira
Maju-maju mara
Rela berkorban jiwa
Untuk negara dan bangsa
Hutan rimba lembah desa
Memburu musuh durjana
Tidak gentar mara bahaya
Pantang undur tetap mara
Gempur wira bergelora
Semangat untuk perwira
Jasad mungkin gugur di rimba
Kami tetap gagah setia
Gempur-gempur wira
Maju-maju mara
Rela berkorban jiwa
Untuk negara dan bangsa
Gagah dan setia
Tabah dan Perkasa
Itulah cogan kata
Tentera Darat Malaysia
Gempur-gempur wira
Maju-maju mara
Rela berkorban jiwa
Untuk negara dan bangsa
Hutan rimba lembah desa
Memburu musuh durjana
Tidak gentar mara bahaya
Pantang undur tetap mara
Gempur wira bergelora
Semangat untuk perwira
Jasad mungkin gugur di rimba
Kami tetap gagah setia
Gempur-gempur wira
Maju-maju mara
Rela berkorban jiwa
Untuk negara dan bangsa
PANGKAT2 DALAM ASKAR WATANIAH.
![[insignia+wm.jpg]](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg7U7cq2zwvKNSpXGvya8DoNKw0DgpeT4-7L97pBf-V-2hztySj0ie1reCvchnBIksl-5AGdCXQlSfrzaijnHT_nGfuvmpsDVjQ0e2Yi6lYdNwc1AcZdgkwpkCmjNljnyjWsg-rFQl0hsc/s640/insignia+wm.jpg)
Mcam mn nk masuk aw ??
ReplyDeleteaskar wataniah
Deletesaya berminat,,bagaimana caranya??
ReplyDeleteBila ada pengambilan Aw bgi sesi 2014
ReplyDeleteAssalam..Maaf admin saya nk tumpang iklan sikit,Terima Kasih ya..
ReplyDeleteSkim Khas Memiliki Rumah Pertama Ku..Berita Baik Untuk Kakitangan Kerajaan.Tukar Hutang Anda Menjadi Aset Sekarang Melalui ''Skim Bantuan KhasRumah Pertama Ku.''Skim Ini Terbuka Kepada :1. Kakitangan Kerajaan2. Mempunyai Gaji Pokok Rm1,600.00 Keatas Layak Memohon.3. Tanpa Deposit4. Menyelesaikan Hutang Dalam Slip Gaji Sehingga RM40,000.00 ++ (Koperasi, Pernama, KPAT, BIRO.)5. Menaikkan Semula Gaji Bersih Anda.6. Ansuran Rumah Yang Rendah Melalui Konsep Penyewaan Semula Sehingga RM1000.00 ++ (PENYEWA DISEDIAKAN)7. Lokasi Strategik Di Beserah, Kuantan,Pahang.(Sutra Villa Resort & Service Apartment) Berdekatan Swiss Garden Resort,Kuantan, Pahang.8. Rebut Peluang Anda Sekarang..UNIT ADALAH TERHAD!!* Untuk Maklumat Sila Hubungi Saya Di Nombor
012-6328130 (Whatsapp 👍)
Terima-kasih bro.(dapat infomasi)
ReplyDeleteBila kemasukan peyertaaan askar wataniah bagi sesi 2016
ReplyDeleteApa yang aku tau,prtengahan bulan 3 ni ada utk sesi pertama 2016 (kesahihan tidak dapat dipastikan).
DeleteThis comment has been removed by the author.
Deletemacam mana kita nk isi online yea.. mohon bantuan..
ReplyDeletemacam mana kita nk isi online yea.. mohon bantuan..
ReplyDeleteTak tahu lah...
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteOrang pakai cermin Mata boleh join tak?
ReplyDeleteBoleh kut ... Saya tengok syarat nya takde tulis pasal cermin mata , rasanya boleh lah...
DeleteKalau nak sertai askar wataniah ni bole
ReplyDeleteGuna sijil upsr atau PMR ke ? Mohon pencerahan semua .
Upsr boleh
DeleteNak Tanya ye....kalau nak join askar wataniah Di seremban rasah nak contact siapa?saya memang berminat..
ReplyDeleteNak Tanya ye....kalau nak join askar wataniah Di seremban rasah nak contact siapa?saya memang berminat..
ReplyDeleteAssalam nk tnya, lau nk msok AW blh isi cra on9 x? Borang dia mcm MNA?
ReplyDeleteAssalam nk tnya, lau nk msok AW blh isi cra on9 x? Borang dia mcm MNA?
ReplyDeletePergi saja ke kem berdekatan.. Bawa 3 salinan ic, surat beranak, spm, srp, pmr, pt3 terus isi borang
DeleteSaya rasa macam berbaloi je kalau dapat masuk ni... Bulan 5 tahun depan lah lepas PLKN habis, kalau dapat.. :)
ReplyDeleteSaya rasa macam berbaloi je kalau dapat masuk ni... Bulan 5 tahun depan lah lepas PLKN habis, kalau dapat.. :)
ReplyDeletenice!!.. nak join jugak .tp orang kata perempuan kan susah sikit
ReplyDeleterasah ker?? dekat sangat tu . nak join the club tu
ReplyDeletenice!!.. nak join jugak .tp orang kata perempuan kan susah sikit
ReplyDeleteBerapa lama tempoh latihan bagi rekrut baru?
ReplyDeleteBoleh kah mohon AW mengguna kn sjil upsr jak
ReplyDelete